Monday, 13 January 2014

Welcome Kehidupan Sebenar ..........

Assalamualaikum....haiiiiiii

disebabkan terlalu rindu kepadda bonda tercinta, entry kali ni just for you mom,




ade baca satu entry ni,kata dia sekali ibu bapa bangga dengan anak, sehingga mengalirkan air mata,mata akan terpadam api neraka untuk ank trsebut,  sape taknak kn jadi anak yang mcm tu...bonda..... kami masih lagi berusaha untuk menjadi anak macam tu..sabar yee bonda...




  mom,never let you to go, always holding your hand even you grow up....





mom, i will hold your hand mom, till old you grow......


until end your life mom.... :"(


Kepada bakal jodohku, aku bermohon kepadamu, sayangi tuhanku, agamaku, sunnahku, dan kedua ibu bapaku seperti aku menyayangi keluargamu, supaya skiranya terputus doaku untuk kedua ibu bapaku,kamu ade sebagai penyambung doa2 ku untuk mereka.


Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran:
17:23: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka  (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)
 
17:24: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil
Allah dengan jelas menyuruh kita berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Apabila sesuatu suruhan itu ditaati maka pahala adalah imbuhannya. Jika ianya dibelakangi dosa pasti akan ditulis.
Malah bukan sahaja pahala yang merupakan bekal kita ke akhirat akan dicatit jika berbuat baik kepada ibubapa ini. Imbuhan dunia juga akan diberi.
Ini telah disebut di dalam beberapa buah hadith Rasulullah S.A.W:
  1. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
  2. “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
    (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
  3. “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” 
    (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Memang benar! Saya telah melihat beberapa contoh kawan-kawan sekerja saya yang dikurniakan rezeki yang berlipat kali ganda. Mereka memperolehi pendapatan melebihi RM40K setiap bulan sebagai Unit Trust Consultant. Di samping usaha keras mereka dan sistem agensi mereka yang mantap, ada satu lagi faktor yang saya perhatikan. Kebanyakan mereka ini menjaga ibubapa mereka di rumah mereka. Ibubapa mereka yang telah berusia mereka jemput dan tinggal bersama mereka. Dan mereka memberikan sebahagian daripada pendapatan mereka kepada ibubapa mereka. Ini diceritakan sendiri kepada saya. Subhanallah! Allah tidak akan sesekali memungkiri janjiNya yang telah dinyatakan melalui Al-Quran dan Hadith nabiNya.
Memang betul. Faktor ini amat jelas sekali. Kerana jika dilihatkan kepada beberapa kekurangan (dari segi pemahaman agama) ada diantara mereka kurang kemas pegangannya terutama tentang menutup aurat. Namun disebabkan keikhlasan mereka berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa, rezeki mereka berlipat kali ganda.
Maka beruntunglah kepada sesiapa yang masih lagi ada ibubapa. Sentiasalah memohon maaf kepada mereka walaupun sekecil-kecil kesalahan yang kita buat. Peluklah dan ciumlah tangan mereka. Selalulah minta restu mereka. Selalulah bergurau senda untuk mengembirakan mereka. Sentiasalah berdoa untuk mereka. Mintalah mereka mendoakan supaya cita-cita dimaqbulkan. Beritahu mereka apa yang kita mahukan dalam hidup yang selalu kita doakan. Minta ibubapa kita mendoakan perkara yang sama untuk kita. In syaa Allah… Doa ibubapa yang redha akan anaknya akan dikaqbulkan Allah.
Kepada yang sudah ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali, selalulah sedeqahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Amalkan setiap pagi selepas bangun dari tidur ataupun selepas solat subuh bacakan Al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada mereka di alam barzakh. In syaa Allah, ini pun akan dipandang Allah juga untuk dilimpahi rezeki kita.
see you next entry..selamat malam.


No comments:

Post a Comment